Shalina MN - Pusat Rawatan
Pusat Rawatan Logo

Bergerak Ke arah keharmonian insan sejati

Kesakitan Itu Benar, Tapi Ia Bukan Pengakhiran Cerita Anda.

Saya Shalina MN. Saya pernah melihat dunia dari sudut yang paling gelap, di mana harapan terasa sangat jauh. Hari ini, saya berdiri di sini bersama sebuah komuniti, mereka yang dahulunya 'pecah', kini sedang menyusun semula kepingan diri dengan tenang. Hari ini, Pusat Rawatan Al-Wadud ditubuhkan sebagai 'stesen pemulihan' rasmi di bawah naungan HQ Spiritual. Sebagai practitioner bertauliah, saya (Shalina MN) diamanahkan untuk mengemudi pusat ini bagi memastikan setiap dari anda mendapat bimbingan spiritual yang sistematik, selamat, dan berkesan.

Sokongan Berterusan
Komuniti Penyayang
Pendekatan Holistik
Shalina MN
Scroll

Dari Gelap Menemui 'Jalan Pulang'.

Cerita Autentik Transformasi

Saya faham rasa langkah yang berat itu. Saya juga bermula di sana.

Hidup Runtuh Sekelip Mata

Hidup saya pernah runtuh sekelip mata. Ibu pergi selamanya, dan rumah tempat berteduh pula hilang kerana kesempitan hidup. Saya tiada pilihan, saya nekad ke bandar untuk fight demi survival. Saya tabahkan hati menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan gagahkan diri hingga berjaya tamatkan ijazah pendidikan walaupon penuh airmata.

Sendirian dalam Tekanan

Di saat kawan lain pulang ke pangkuan keluarga, saya cuma ada diri sendiri. Tekanan yang bertimpa-timpa akhirnya memecahkan benteng mental saya. Mental breakdown yang melelahkan. Bukan sekali, tapi beberapa kali saya berdepan detik hampir maut (near-death experience).

Spiritual Awakening

Tapi, dalam gelap itulah Allah campakkan cahaya. Detik cemas dan melelahkan itu menjadi Spiritual Awakening. Ia memaksa saya berhenti berlari dan mula mencari makna hidup yang sebenar. Saya menadah ilmu dari satu guru ke satu guru, mencari penawar untuk jiwa yang rabak.

Menemui Komuniti & Pelajaran Besar

Pencarian itu membawa saya kepada Komuniti HQ Spiritual. Di sini saya belajar satu perkara besar:

"Kita tidak perlu sembuh sendirian."

Hari ini, saya bukan berdiri di sini sebagai orang yang sempurna. Saya adalah peneman perjalanan. Saya sudah sembuh, sedang bertumbuh, dan kini saya mahu berjalan bersama anda.

Momen Bersama Komuniti

Membina semula fitrah menerusi pengisian yang menghidupkan hati. Setiap aktiviti adalah terapi untuk meruntuhkan tembok trauma dan membina semula keyakinan diri yang baru.

Kelas Online

Kelas Online

Memancing

Memancing

Running

Running

Kembara

Kembara

Berbasikal

Berbasikal

Camping

Camping

Hari Raya

Hari Raya

MQL

MQL

Kenapa Masalah Yang Sama Sering Berulang?

Pernah tak kita rasa dah cuba macam-macam, tapi akhirnya kita balik ke takuk lama? Rasa macam ada 'getah' yang tarik kita ke belakang. Sebenarnya, ia bukan sebab anda lemah semangat. Tapi ada punca-punca tersembunyi yang jarang kita semak:

1

Warisan 'Corak' Keturunan

Kadang-kadang, kita mewarisi corak tenaga atau emosi dari keluarga kita tanpa sedar. Ini menyebabkan pandangan kita jadi kabur—sukar nak tengok jalan keluar dengan waras. Frekuensi badan kita dah 'biasa' dengan kesusahan itu, jadi ia automatik heret kita ulang kesilapan lama.

2

Tiada 'Kompas' Semasa Ribut

Bila ujian datang, bahaya kalau kita laluinya seorang diri. Tanpa komuniti yang supportive atau guru yang membimbing, kita mudah terpinga-pinga. Bila tiada arah, kita main redah saja sampai tersalah langkah.

3

Titik Lemah & Bisikan Halus

Bila jiwa kita kosong atau lemah, mudah untuk dark side atau gangguan luar menumpang. Ia menjauhkan kita dari rasa rahmat Tuhan. Emosi jadi serabut, mental jadi buntu. Akhirnya, kita rasa macam ada dinding tebal yang menghalang hidayah dan jalan keluar.

4

"Lali" Dalam Persekitaran Toksik

Bertahun-tahun kita hidup dalam corak negatif, lama-lama kesedaran kita jadi tumpul. Kita tenggelam dalam persekitaran yang tak membina, sampai kita lupa macam mana rasanya hidup dengan jiwa yang benar-benar hidup.

Satu Renungan Jujur

Mungkin sebelum ini anda pernah berdoa, merintih minta Tuhan tunjukkan jalan keluar. Dan hari ini, anda sedang membaca tulisan ini.

Jika ini adalah jawapan dari doa itu, adakah anda sedang melihatnya dengan ego yang berkata "Aku okay je ni", atau dengan mata hati yang berbisik "Aku perlu ambil tindakan ini untuk berubah?"

Sokongan Untuk Perjalanan Anda

Pusat Rawatan Al-Wadud menyediakan ruang bagi mereka yang mahu bermula, mengikut keselesaan masing-masing:

Pusat Rawatan
Inner Scan

Inner Scan & Rawatan

Sesi mendalam untuk mengenalpasti "sekatan" emosi dan konflik dalaman, gangguan energi negatif agar anda kembali tenang.

Produk Terapi

Produk Terapi Diri

Set produk terapi utama yang saya sendiri gunakan dalam proses penyembuhan peribadi.

Kelas Asas

Kelas Asas Pemulihan & Spiritual

Modul yang saya pelajari dari HQ; langkah pertama untuk membina semula asas kekuatan dalaman.

Saya Nak Ikhtiar

Cahaya Itu Sentiasa Ada, Pulih Adalah Sebuah Perjalanan.

Pintu kami sentiasa terbuka. Bukan untuk mengubah siapa anda, tetapi untuk menemani anda kembali kepada Fitrah yang asal.

Kami faham, setiap orang ada masanya sendiri. Pulih tidak boleh dipaksa, dan ia bukan perlumbaan. Di sini, anda akan temui sebuah komuniti yang pernah berada di tempat anda sekarang—yang memahami rupa bentuk gelap itu, dan bagaimana rasanya apabila cahaya mula masuk semula.

Mulakan Langkah Pertama Anda Di Bawah

Ia bukan pengganti rawatan perubatan moden.

KELAS ASAS PEMULIHAN DIRI & SPIRITUAL(AL-WADUDVIBES)

KELAS ASAS PEMULIHAN DIRI & SPIRITUAL(AL-WADUDVIBES)

Item Qty Amount
KELAS ASAS PEMULIHAN  DIRI & JASMANI—AKTIVASI SIRR
KELAS ASAS PEMULIHAN DIRI & JASMANI—AKTIVASI SIRR
RM 300.00
Qty 1
RM 300.00
Payment Method (Select one option)

Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.

Pay with Malaysia online banking & e-wallet (Grab, Setel, Boost, Touch n Go and more) via DuitNow QR.

Subtotal: RM 300.00
Total Amount: RM 300.00
Your payment is secured & encrypted
Pusat Rawatan Al-Wadud berada dibawah bimbingan dan pantauan HQ Spiritual Healing Centre sepenuhnya.
| |
© 2026 Norshalina Binti Muhamad Nor